Wahai insan sesungguhnya didunia ini adalah tempat yang kacau bukan tempat yang tenang.Dunia tempat berduka cita bukan tempat bergembira kerna barang siapa yg telah mengetahuinya nescaya tak bergembira kerana kesenangan dan tak bersedih kerana kesusahan.
Ingatlah insan sesungguhnya allah menciptakan dunia ini sebagai tempat cubaan ...
di akhirat sebagai tempat pembalasan.
Allah menjadikan cubaan dunia untuk mendapatkan pahala di akhirat dan pahala akhirat kerna
cubaan dunia sebagai gantinya....maka (maknanya) Allah mengambilnya untuk memberi dan mencuba untuk memberi pahala.
Oleh kerna itu hati-hatilah terhadap manisnya dunia...jangan terpedaya oleh kepahitan kerna bercerai dengannya.....Dan jauhilah kesenangannya kerna kesenangannya adalah tidak menyenangkan .Janganlah kamu berjuang untuk meramaikan tempat yang akan allah hancurkan dan janganlah berhubungan dengannya....
Kerna allah berkehendakkan denganmu supaya menjauhinya.
Jika kamu berbuat demikian maka kamu akan melihat kemurkaan allah dan kamu berhak
untuk mendapatkan seksaannya.
Peliharalah Allah ..nescaya dia akan memelihara kamu....
Peliharalah Allah nescaya dia akan berada di hadapanmu...
Kenalilah Allah dikala kamu dalam kemudahan nescaya dia akan mengenalimu ketika kamu dalam kesusahan...
Jika engkau meminta maka mintalah kepada Allah .
Jika engkau memohon pertolongan ,maka pohonlah kepada Allah.
Pena telah kering dan segala sesuatu telah di tetapkan
Sekiranya sesuatu makhluk ingin memberikan manfaat kepadamu sesuatu yang
tak di redhai Allah ...maka mereka tak akan dapat melakukannya.
Sekiranya mereka ingin mencelakakanmu dengan sesuatu yang tak ditetapkan
oleh Allah maka mereka tidak akan dapat berbuat apa-apa.
Ketahuilah sesungguhnya dalam kesabaran terhadap apa yang engkau benci itu
terdapat kebaikan yang banyak .
Dan sesungguhnya kemenangan itu bersama kesabaran dan kesukaran .
Adalah kejayaan terbilang buatmu......kerana bersama kesukaran itu terdapat kemudahan
Allah ciptakan manusia tujuannya hanya satu ....mencari dan berbakti
kepada Allah ....Urusan dunia yang kita lihat hanya dugaan untuk mencarinya.
Kita kena memahami sifat sebenar diri kita...baliklah pada diri kita yang asal.
Mencari ilmu diri kita perlu ikhlas terus kejalan Allah...baru ilmu yang kita dapat
sampai kehati...dan amal kita pun kerna Allah....bukan atas sebab yang lain.
Carilah dia(ALLAH)...Kerna dia akan bantu tak kira dari sumber mana
Allah mesti bantu ..dia tak pernah bohong dan tak pernah dusta.
Bersihkanlah jiwa walau apa pun ...kerna Allah tak pernah jauh pun bahkan
hampir dalam urat merih ...Cuma kita tak mengenal dia ..dia tak pernah
jauh dan hanya kita yang jauh dari Allah.....
Sejak dilahirkan setiap saat detik dan masa diri kita berzikir padanya....
tapi kita tak mengenal diri kita sendiri.Kita tak tahu satu apa pun tentang diri kita sendiri
macam mana kita nak kenal ALLAH .... kita tak mengkaji pun tentang kebesarannya.
ALLAHHU AKHBAR
Ini adalah kata semangat dari temanku terimakasih di atas nasihat yg amat berguna sekali begitu jua bahasa indah yangsentiasa di ungkapan..apa pun selamat maju jaya dalam kerjaya yg di bina ...seperti selalu ingatlah pada kerjaya yang dibina itu adalah rezeki ,nama baik dan penghormatanjalani ,lakukan yang terbaik dan mohonlah kebaikan supaya yang datang jua yang baik-baikkerna saya tahu kamu insan yang baik walau bukan yang terbaik....jadilah insan yang luar biasajangan simpan limu yang dipelajari ...manfaatkan pada anak-anakmu serta mereka yang di sayangi....saya bukan sesiapa malah tak berharga kepadamu tapi saya berdoa ...mendoakan kamu di panjangkan umur ,di bukakan pintu rezeki yang luas ....tercapai segala impian serta beroleh keberkatan hidup di dunia dan di ahkirat.Capailah impian itu setakat yang mampu ..dgn kesungguhanmu ..apa yang diperjuangkan pasti ada kesudahan yang baik..kamukan hebat danpunya semangat jitu..jangan lupa pada Allah yang maha mengetahui dan ketentuannya ....kembalilah kepadanya disetiap langkah niatmu .....Ya Allah ampunilah jua dosa dan kesilapanmu.Ya Allah lindungilah temanku ini dan sentiasa terpelihara dirinya dari bahaya serta kemungkaran.Tak lupa jua agar kamu bahagia ..di mengertikan difahami disayangi lebih dari biasa...anak-anak yang dikurniakan dengan akhlak yang terpuji...berjaya dalam pelajaran...dan kamu sendiri jadi anak yang soleh kepada ibumu...diangkat darjat kamu disisi allah dan masyarakat.......jaga diri dan kesihatan ........senyum selalu.Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.
Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa- apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.
Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.
Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.
Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu- satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.
Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.
Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama- lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.
BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.
Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.
Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat.
Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun